1

Exfuze seven plus ekstrak buah-buahan dan tumbuhan “superfoods”

Exfuze Seven plus adalah satu-satunya produk minuman ekstrak pertama di dunia yang menggunakan teknologi ekstrak. Exfuze Seven plus adalah ekstrak dan ianya bukan jus. Ekstrak adalah 40%-60% lebih baik daripada jus.

Jika semalam saya kongsikan pengalaman mencuba produk Seven Plus buat pertama kalinya dan rasanya boleh di terima oleh kesemua famili saya.

Hari ini saya nak kongsikan kebaikan 7 superfoods yang terdapat di dalam Seven Plus produk esktrak dari Exfuze Malaysia.

1. Goji – Mengandungi 19 asid amino, beta-carotene, 21 jenis mineral, vitamin c, b dan komplek e.

  • Memusnahkan radikal bebas
  • Meningkatkan metabolisme
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Merendahkan LDL Kolestrol
  • Meningkatkan sistem imun
  • Meningkatkan fungsi hormon
  • Mengurangkan risiko cataracts

2. Seabuckthorn – Mengandungi Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega kompleks 3,6,7 & 9 serta kandungan anti-oksidan dan Flavanoid yang amat tinggi

  • Penjagaan rambut
  • Rawatan kulit kepala
  • Mengurangkan inflamasi kulit
  • Tingkatkan penyembuhan luka kulit
  • Memerangi eczema
  • Mengurangkan pigmetasi kulit
  • Atasi rheumatism, sakit pinggang
  • Membantu sistem penghadaman

3. Brown Seaweed – Adalah sejenis nutrien bernama Fucoidan. Kandungan vitamin dan mineralnya menyerupai kandungan susu ibu. Ia dapat menyokong imun seseorang dengan menambahkan sel-sel darah putih yang sihat

  • Anti radang yang hebat
  • Penyahtoksik badan

4. Acai – Mengandungi Vitamin A, B1,B2 & B3. Juga vitamin C, Antioksida, Phytonutrien, dan asid amino yang hampir sempurna!

  • Membantu & merangsang sistem imun & metabolisma
  • Membantu menghalang pembekuan darah
  • Menjaga kolestrol baik dan mencegah penyakit jantung
  • Mengurangkan berat badan dan melawan obesiti
  • Membaiki sistem penghadaman
  • Meningkatkan tenaga dan stamina
  • Menurunkan tekanan darah
  • Anti penuaan dan radang/ melawan radikal bebas

5. Mangosteen – mengandungi anti-oksida dan kandungan Xanthones yang amat tinggi. Membantu memperbaiki dan memulihkan pelbagai penyakit saraf, trombosis dan hypertension

  • Mencegah batu karang & buah pinggang
  • Mencegah osteoporosis
  • Mencegah kemurungan, tekanan dan stress
  • Mencegah kesan-kesan diabetes
  • Anti-tumor & mencegah kanser
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Mencegah lenguh sendi

6. Noni – mengandungi beta-carotene, kalsium, semua jenis vitamin B, C dan pelbagai mineral

  • membaiki sistem pernafasan (lelah)
  • menurunkan paras gula dalam darah dan membaikpulih fungsi Pankreas.
  • menyelesaikan masalah resdung dan alahan
  • membaik pulih dan membina sel-sel tubuh
  • mengeluarkan toksin dan keracunan dalam badan
  • menambahkan oksigen dalam badan
  • menghancurkan lemak dalam badan

7. GAC – Mengandungi 70 kali ganda lebih Lycopene berbanding tomato, 10 kali ganda lebih Beta Carotene berbanding lobak merah. Ia melembutkan dan melicinkan kulit serta mencerahkan mata

  • Mencegah strok, barah, jantung
  • Mengawal gula dalam darah
  • Pencegah kanser prostat
  • Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit alzheimer
  • Mengawal kolestrol

Sebagai asas untuk menggabunngkan semua superfood yang hebat ini, eXfuze mengunakan “functional water” yang tulen di dalam seven plus. Dengan nilai PH yang tinggi (air alkali) ia amat sesuai dan mudah di serap oleh tubuh badan.

Di atas adalah 7 super foods yang di gabungkan di dalam eXfuze Seven Plus. Plusnya ialah gabungan 4 buah-buahan & tumbuhan anti-oksida yang terbaik iaitu buah delima, buah beri biru, aloe vera dan anngur.

eXfuze Seven Plus :

  • Tiada tambahan gula
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pekatan
  • Tiada sodium benzoate

Berminat untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai eXfuze Seven Plus Malaysia sila hubungi/SMS saya di +6 0125396213 (Khairul).

“Orang yang sihat mempunyai pelbagai keinginan yang berbeza, tetapi orang sakit hanyat mempunyai satu keinginan, iaitu untuk SIHAT”.




Mencuba Exfuze Seven Plus buat pertama kali

Sebelum bulan puasa yang baru lepas, salah seorang rakan telah memperkenalkan satu produk bernama Seven Plus kepada aku. Selepas 3 minggu mendapat panggilan pertama dari beliau, aku sempat meluangkan masa untuk berjumpa dengannya.

Beliau memberikan penerangan tentang Seven Plus yang mengandungi 7 jenis pemakanan Super Foods di dalamnya. Seven plus bukan minuman kesihatan berbentuk jus tetapi ia adalah esktrak dari 7 jenis super foods.

Pertemuan sebelum bulan puasa tersebut berakhir di situ sahaja. Oleh kerana bulan puasa, jadi aku tidak dapat mencuba produk tersebut di sebabkan sibuk dengan tugasan di bulan puasa.

Beberapa hari sebelum hari raya, aku mendapatkan sebotol Seven Plus untuk di cuba. Mula-mula aku mencuba minum seven plus selepas makan sahur. Oleh kerana ianya adalah minuman ekstrak jadi sukatan untuk mengambilnya memang sedikit sahaja dan sebotol boleh tahan sebulan.

Rasa macam minum jus anggur atau kalau kanak-kanak dah pasti di katakan ribena. Hari kedua aku berikan kepada semua famili member untuk mencuba. Anak-anak memang suka sebab rasanya seperti ribena. Jadi untuk satu famili memang tidak ada masalah untuk mereka mengambil minuman supplemen Seven plus ini.

Boleh jadi minuman supplemen untuk satu famili sebab semuanya boleh menerima rasa Seven Plus.

Khasiat Seven Plus memang banyak sekali. Aku belum sempat membelek kandungan flyer yang di berikan bersama dengan sebotol Seven Plus yang aku cuba. Tapi memang ada banyak testimoni. Mungkin selepas aku dapatkan info tentang Seven Plus ini akan di tuliskan di dalam blog ini lagi.

Mungkin anda juga boleh mendapatkan manfaat dari khasiat 7 jenis super foods yang terdapat di dalam Seven Plus.

Jumpa lagi di lain post di mana akan saya tuliskan tentang khasiat dan kebaikan daripada pengambilan Seven Plus. Mungkin ianya boleh menjadi minuman supplemen atau minuman kesihatan untuk satu keluarga kerana majoriti yang mencuba untuk merasa produk ekstrak Seven Plus boleh menerimanya.

 




Satu permulaan yang baru !

Cepat sungguh masa berlalu. Sebulan berpuasa macam tak rasa apa-apa. Pejam celik pejam celik dah pun masuk hari raya yang ke 5.

Ramai yang masih lagi bercuti. Tapi masa-masa begini majoritinya sudah memulakan perjalanan untuk kembali ke destinasi masing-masing dan memulakan rutin kehidupan seperti biasa.

Terubat sudah kerinduan sanak-saudara dan ibu bapa di kampung. Ramai yang pulang berhari raya untuk bertemu kaum keluarga dan rakan-rakan zaman persekolahan.

Di kala inilah pelbagai cerita di keluarkan mengenangkan kehidupan semasa di sekolah. Ini lah masanya nak buat re-union, perjumpaan sana-sini dan rumah terbuka di merata tempat. Makan, minum, sembang-sembang bagi mengeratkan tali silaraturahim di antara satu sama lain.

Setiap tahun beginilah yang akan di alami oleh ramai daripada kita. Kini ramadan pergi sekali lagi, tahun depan InsyaAllah bisa ke temu di ramadan yang akan datang.

Datang dan pergi silih berganti perkara biasa. September ini aku juga ingin memulakan satu perjalanan baru. Satu cabaran yang baru.

Selamat datang September 2011.




Ilmu dulu baru jadi jutawan

Gagal dan berjaya di dalam kehidupan adalah satu lumrah yang mesti di tempuhi. Tanpa ada cabaran dan kegagalan kita tidak akan dapat belajar bagaimana untuk berjaya.

Baru-baru ini muncul kembali cerita tentang orang-orang felda yang dulunya menjadi jutawan dalam sekelip mata, kini sudah ramai yang muflis dan kehabisan wang. Ramai yang terpedaya dengan skim cepat kaya dan ada juga yang di ceritakan wang habis di belanjakan oleh anak-anak. Ada juga yang melabur di dalam perniagaan tetapi gagal mendapat pulangan.

Teringat aku tentang buku yang di tulis oleh Robert Kiyosaki iaitu Richdad Poordad. Apa yang sebenarnya lebih penting ialah EDUCATION iaitu ilmu. Jika anda memiliki wang yang banyak tetapi tidak mempunyai ILMU yang cukup untuk mengembangkan wang tersebut, anda pasti melalui jalan kegagalan.

Tetapi sekiranya anda mempunyai wang yang sedikit tetapi mempunyai ILMU yang TINGGI di dalam mengembangkan wang tersebut, anda pasti melalui jalan kejayaan !

Undang-undang pertama seorang yang INGIN KAYA ialah “bekerja untuk pengalaman” bukan bekerja untuk duit. Di sinilah ILMU untuk menjadi kaya akan anda perolehi.

Itu sebabnya ramai yang menjadi jutawan segera akhirnya menjadi bangkrup atau muflis kerana mereka tidak memiliki ilmu untuk menjadi KAYA. Contohnya ramai yang menang loteri akhirnya kembali hidup seperti sebelum mereka memenangi loteri.

Carilah ILMU terlebih dahulu sebelum anda mengaut wang yang melimpah ruah kerana dengan adanya ilmu, wang tersebut akan terus mengalir masuk ke kantung anda tanpa anda sedari, dan bukannya mengalir keluar




Erti kemerdekaan

31hb Ogos adalah hari kemerdekaan Malaysia yang ke 54. Ianya bersamaan dengan kehadiran Aidil Fitri hari ke 2 di Malaysia.

Pada 2 minggu lagi, hari Malaysia akan di sambut pada 16hb September. Ianya adalah hari menandakan penubuhan sebuah negara Malaysia. Mungkin pada masa kini kita menikmati kemerdekaan dengan penuh kemewahan dan suasana yang amat damai. Namun ramainya wira-wira negara yang telah berbakti dan berjuang demi menuntut kemerdekaan.

Beberapa bulan yang lepas , saya dan keluarga berkesempatan melawat time tunnel di Pasir Salak. Walaupun kawasan bersejarah ini tidak di jaga dengan rapi namun muzium time tunnel adalah di antara intipati sejarah yang amat menarik. Kisah-kisah perjuangan Dato Mahajaralele, Dato Sagor, Puntum di Perak, Mat kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Mat salleh di Sabah, Rahim Dobi di Sarawak di paparkan di dalam sepanjang perjalanan time tunnel sehinga tertubuhnya Malaysia.

Tak kala melihat rentetan sejarah tersebut, aku memang terharu dengan perjuangan mereka. Perjuangan yang di anggap sebagai petualang negara oleh pemerintah British pada masa itu. Jasa dan perjuangan mereka tidak sia-sia. Itulah erti kemerdekaan buat mereka.

Di zaman ini merdeka kah kita? Walaupun negara sudahpun merdeka, bagaimana dengan diri kita sendiri?

Merdeka dari sifat marah? benci? ego? tamak?

Merdeka dari segi ekonomi? kewangan? kehidupan?

Merdeka dari melakukan dosa dan membuat binasa kepada dunia?

Mari lah kita menghayati erti kemerdekaan dari sudut dalaman diri sendiri.

Untukmu Malaysia dan wira-wira negara di Tragedi Bukit Kepong, Leftenan Adnan di Singapura dan ramai lagi – Tahniah di atas keberanian kalian semua menghasilkan satu negara Malaysia yang sudaha menjangkau usia 54 tahun.