1

Insentif Pelancungan K-Link International (Malaysia) untuk 2012

Di antara faedah ataupun insentif yang menarik di dalam menjalankan perniagaan Network Marketing ataupun Multi-Level Marketing ialah insentif pelancungan percuma.

Kebanyakan syarikat MLM yang popular dan terkenal pada kebiasaannya mempunyai insentif pelancungan percuma yang menarik dan di perkenalkan pada awal tahun bagi membolehkan para usahawan menjalankan aktiviti untuk memperolehi matlamat untuk layak mendapatkan insentif pelancungan percuma.

Di K-Link International Malaysia pada tahun 2012 telah memilih pelbagai destinasi pelancungan percuma ke tempat-tempat yang menarik bagi memberikan motivasi kepada usahawan-usahawan K-Link untuk mencapai tahap di mana mereka boleh layak secara percuma ke sana.

Berikut ini adalah kempen dan insentif pelancungan percuma K-Link International Malaysia untuk tahun 2012 .

1) Italy

2) Tokyo Disneyland

3) Koh Samui

Berminat untuk memulakan karier atau kerjaya di dalam bidang Networking Wellness bersama K-Link International sila klink di sini atau hubungi Khairul di +6 012-5396213 .

K-Link insentif pelancungan percuma

K-Link insentif pelancungan percuma

 




Jus delima Pomepure jus delima tulen yang mendapat sambutan hangat

Jus delima Pomepure 100% tulen dan semulajadi telah mendapat sambutan yang menggalakan pada masa kini.

Kelebihan Jus Delima Asli (Pomepure 100% Pure Press Natural) :

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.
Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Asli 100% “Pomepure” bebas daripada campuran bahan pengawet.

Di antara kehebatan khasiat Jus delima Pomepure ialah :

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: Maksudnya :“Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima”.

Buah delima atau dalam bahasa saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

• Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan sel darah merah.
• Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya.
• Membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk.
• Buah delima masam mampu mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.
• Biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima lalu ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut khasiat Jus delima Pomepure sila hubungi Khairul di +6 012-5396213 atau layari laman web Jus delima Pomepure dengan klik di sini .

jus-delima-pomepure




Perubatan alternatif ayurveda dan konsep kesihatan K-Link

Kombinasi konsep kesihatan K-Link dan perubatan alternatif ayurveda memberikan anda kesihatan yang optimum.

Konsep kesihatan K-Link adalah satu konsep yang simple dan mudah iaitu dengan menggunakan konsep CBA. Apa itu CBA? CBA adalah bermula dengan Cleansing (Pembersihan toksik), Balancing (Seimbangkan nutrien dalam badan) dan Activating (Mengaktifkan sel-sel sihat).

Melalui konsep kesihatan CBA K-Link anda boleh menggunakan produk-produk K-ayurveda iaitu :

  1. Ayu Lax – sebagai agen Cleansing
  2. AyuVigo (lelaki) atau AyuVita (Wanita) sebagai agen Balancing
  3. AyuLite sebagai agen Activating

Jika anda mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti diabetes (kencing manis), Jantung, buasir dan lain-lain anda bolehlah menambah produk-produk khusus di dalam Ayurveda.

Sebagai contoh :

  1. Kencing manis (diabetes) – tambahkan AyuBes
  2. Masalah Jantung dan Kolestrol – tambahkan AyuRol
  3. Masalah Buasir – tambahkan Ayuhoids
  4. Masalah reumatik/sendi – tambahkan ayuArtis
  5. Masalah ketidakselesaan pernafasan, melegakan batuk, asma – tambahkan ayuAsmo
  6. Masalah-masalah kulit – AyuDerme
  7. Kerosakan pundi kencing/ buah pinggang – AyuRin

dan lain-lain lagi.

Apakah fungsi-fungsi utama AyuLax, AyuVigo, AyuVita dan AyuLite?

AyuLax

ayurveda-k_ayurveda_ayulax

AyuLax terdiri daripada gabungan herba yang bertindak dengan membersihkan usus dan membantu melegakan sakit sembelit. Ia juga membantu dalam menyingkirkan dan membersihkan usus daripada unsur yang tidak berguna disamping mengurangkan rasa senak dan kolik.

Sistem ayurvedik memainkan peranan penting dalam membantu menghalang masalah usus dari masa ke masa. Sakit sembelit terjadi apabila najis adalah keras atau susah hendak membuang air besar.

Kelebihan herba AyuLax:

  • Melegakan sakit sembelit
  • Membantu peristalsis
  • Melegakan perut kembung dan kolik
  • Membantu sistem penghadaman
  • Melegakan daripada angin

AyuVigo

ayurveda-k_ayurveda_ayuvigo

AyuVigo merupakan tonik herba untuk lelaki yang berkesan dalam membantu meremajakan sistem badan, meningkatkan daya ketahanan dan meningkatkan daya hidup.

AyuVigo terdiri daripada gabungan herba yang selamat dan efektif bagi lelaki untuk meningkatkan aktiviti metabolisme am, menggalakkan tidur normal, melegakan simptom-simptom berbeza berkaitan dengan penuaan serta menggalakkan kekuatan tenaga dan kesihatan am.

Kelebihan herba AyuVigo:

  • Menggalakkan kekuatan dan kecergasan
  • Membantu kelemahan am
  • Membantu melegakan kelesuan, melambatkan penuaan dan melegakan masalah berkaitan stres
  • Meningkatkan daya ketahanan daripada jangkitan

AyuVita

ayurveda-k_ayurveda_ayuvita

AyuVita merupakan tonik herba yang selamat, lembut dan menyeluruh yang dirumus khas untuk wanita. Ia adalah tonik peremajaan yang memberikan kekuatan bagi meningkatkan aktiviti metabolisme am, melegakan masalah genito-urinari serta meningkatkan daya ketahanan daripada jangkitan dan meningkatkan daya hidup.

Kelebihan herba AyuVita:

  • Menggalakkan kekuatan dan kecergasan
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Membantu menguatkan kesihatan am badan
  • Membantu melegakan kelesuan, melambatkan penuaan dan melegakan masalah berkaitan stres
  • Meningkatkan daya ketahanan daripada jangkitan
  • Membantu melegakan sakit genito-urinari, pendarahan dan
    leukorea

AyuLite

ayurveda-k_ayurveda_ayulite

AyuLite merupakan tonik untuk hati yang dapat membantu menguatkan fungsi hati untuk menyerap dan menyahtoksin dalam badan.

Hati adalah seperti pintu masuk atau penapis di antara semua sel-sel dalam tubuh dan semua jenis toksin didalam dan diluar badan. Faktor-faktor seperti alkohol, tembakau, racun perosak, pencemaran dan stres boleh meningkatkan beban hati dan menghalang penyerapan, lalu menyebabkan penyakit hati.

Bagi terapi untuk meningkatkan fungsi hati, herba memainkan peranan yang ketara. Dari sinilah terapi herba semula jadi memainkan peranan penting.

Kelebihan herba AyuLite:

  • Meningkatkan fungsi hati
  • Membersih dan menyahtoksin tubuh
  • Membantu menguatkan fungsi hati untuk penyerapan yang lebih baik
  • Merangsangkan selera makan

Berminat untuk mendapatkan info lanjut tentang konsep kesihatan K-Link CBA dan produk K-ayurveda sila hubungi/SMS Khairul di +6 012-5396213

 




Apa itu perubatan alternatif Ayurveda

Apakah sejarah herba Ayurveda?
Ayurveda merupakan sains perubatan 5,000 tahun menggunakan tumbuhan sebagai fungsi utama perubatan. Ayurveda merupakan gabungan dua perkataan iaitu “Ayur” dan “Veda” yang bermaksud kehidupan dan sain masing-masing membentuk sains kehidupan.

Dimanakah rawatan Ayurveda biasanya digunakan hari ini?
Rawatan Ayurveda kebanyakannya digunakan di negara Asia berbanding negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah yang mana sistem rawatan Ayurveda semakin popular kerana ia selamat dan berkesan.

Adakah rawatan Ayurveda mempunyai sebarang kesan sampingan?
Produk K-LINK Ayurveda diperbuat daripada herba yang telah diuji dan ianya berkesan tanpa sebarang kesan sampingan

Perlukah seseorang mengawal pemakanan ketika mengamalkan rawatan Ayurveda?
Untuk kesan yang lebih cepat, seseorang perlu mematuhi nasihat pemakanan ketika rawatan Ayurveda.

Bagaimanakah sistem rawatan Ayurveda berfungsi?
Rawatan Ayurveda tidak hanya mengurangkan gejala, tetapi menyerang dan menghapuskan punca penyakit dan menawarkan pemulihan.

Mengapa produk K-LINK Ayurveda merupakan satu kemestian?  
Antara faktor yang ketara dalam pendekatan Ayurveda adalah ianya mengetengahkan yang meditasi sebagai salah satu gaya hidup. Dalam erti kata lain, apabila kita masuk kedalam kereta, kita mengenakan tali pinggang keselamatan. Ini bukan kerana kita ingin sengaja melanggar kereta yang lain atau ingin terlibat dalam kemalangan, tetapi kerana ianya memberikan keselamatan sekiranya terjadinya sesuatu yang tidak diingini. Sama seperti produk Ayurveda, ianya bertindak sebagai penghalang dan memberikan perlindungan terhadap kebanyakan jenis penyakit.

Ketika rawatan Ayurveda, bolehkan sesuatu penyakit bertambah serius?
Tidak. Ini kerana dalam kes yang jarang dimana produk herba tidak berkesan sekalipun, ianya tidak boleh menyebabkan keadaan pesakit menjadi bertambah teruk. Apabila pesakit mengambil ubatan Barat, memulakan rawatan Ayurveda akan mengambil sedikit masa bagi menunjukkan kesan.

Dapatkah rawatan Ayurveda memberikan pemulihan 100%?
Sekiranya penyakit dirawat pada tahap awal, pemulihan 100% mampu diperolehi. Dalam kes penyakit kronik, rawatan Ayurveda mampu memberikan kesan yang memberangsangkan.

Adakah produk Ayurveda sesuai bagi semua golongan individu?
Ya. Sebagai produk semulajadi, ianya sesuai untuk semua unsur kehidupan.

Bolehkan produk Ayurveda boleh menyebabkan ketagihan apabila diambil untuk jangkamasa yang panjang?
Secara am, produk Ayurveda tidak boleh menyebabkan ketagihan atau kesan-kesan yang seumpamanya.

Adakah badan dan minda yang sihat memerlukan produk herba Ayurveda?
Ayurveda menawarkan kesihatan. Ia adalah perlu bagi mengambil produk Ayurveda bersama dengan pemakanan yang lain terutamanya tonik.

Perlukan kita mengambil produk Ayurveda selepas pulih sepenuhnya?
Ya, anda perlu mengambil produk Ayurveda selepas pulih sepenuhnya sebagai dos tambahan terutamanya tonik untuk kesihatan yang menyeluruh.

Mengapa sesetengah orang boleh mempunyai rasa badan yang amat panas serta haus selepas mengambil produk Ayurveda?
Ini adalah kerana sesetangah orang mempunyai pitta (api) yang berlebihan dalam badan mereka. Pitta ini telah dirangsang dan ini membawa kepada simptom suhu berlebihan apabila mereka mengambil makanan yang boleh menjana haba berlebihan, alkohol berlebihan dan sebagainya. AyuLite disyorkan untuk mengurangkan keadaan ini.

Mengapa sesetengah orang, selepas mengambil produk Ayurveda berasa letih dan mudah mengantuk?
Sekiranya seseorang berasa tidak selesa, ia adalah mudah bagi mereka berasa mengantuk dan letih. Kebiasaannya, produk Ayurveda tidak akan menyebabkan rasa mengantuk atau letih. Sebaliknya, pesakit yang mengambil produk Ayurveda akan berasa lebih cergas dan bertenaga. Biasanya, produk Ayurveda perlu diambil untuk jangkamasa enam hingga lapan minggu untuk menampakkan kesan.

Apakah perbezaan diatara tonik Ayurveda dengan vitamin biasa?
Tonik Ayurveda diperbuat daripada gabungan herba dan adalah merupakan produk semulajadi, manakala tonik biasa diperbuat daripada gabungan pelbagai jenis unsur kimia.

Perlukah kita mengambil tonik herba Ayurveda sebagai makanan tambahan bagi jangkamasa panjang? Jika ya, mengapa?
Pendekatan sains Ayurveda menekankan kepentingan untuk menyihatkan seseorang dan melambatkan proses penuaan. Untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan, herba tonik Ayurveda adalah disyorkan.

Adakah produk herba Ayurveda mempunyai mineral dan nilai khasiat?
Ya. Semua perubatan herba memberikan khasiat serta mineral dalam jumlah yang berlainan. Jenis dan unsur semulajadi mineral dalam setiap jenis adalah berlainan. Bergantung kepada jenis herba yang diambil, nilai nutrisi akan berbeza.

K-Ayurveda daripada K-Link mempunyai sijil halal yang sah di kilangkan oleh pengilang yang memiliki sijil amalan pengilangan baik iaitu WHO GMP .

Untuk mendapatkan informasi lanjut bagaimana produk K-ayurveda boleh membantu masalah kesihatan anda sila hubungi Khairul di +6 012-5396213 .

 




Ayurveda kunci kesihatan secara semulajadi

Ayurveda merupakan sistem penjagaan kesihatan holistik yang tertua di dalam sistem perubatan yang di amalkan di India untuk lebih 5,000 tahun. Ayurveda ataupun lebih dikenali sebagai “perubatan langit” berasal dari perkataan Sanskrit iaitu “ayus” (kehidupan) dan “ved” (pengetahuan) dan ianya memberikan pandangan yang komprehensif kepada kehidupan yang sihat terutamanya dalam kehidupan moden ini.

Ayurveda, juga dikenali sebagai perubatan alternatif mewakili sains kehidupan dan berasal daripada tradisi Vedik dari India . Berdasarkan daripada prinsip kehidupan yang abadi, sistem kesihatan yang holistik ini merangkumi lapan cabang pengetahuan. Cabang utamanya melibatkan simbiosis minda, jasmani dan rohani. Sebarang ketidakseimbangan dalam sintesis ini boleh mendatangkan penyakit. Sistem perubatan lampau ini akan mengembalikan keseimbangan diantara badan dan habitatnya dengan mewujudkan persekitaran kesihatan yang optimum.

Di India, seni perubatan Ayurveda mula disebarkan pada kurun ke-6 SM ke Tibet, China, Mongolia, Korea dan Sri Lanka oleh sami-sami Buddha yang mengembara ke tanah berikut. Walaupun kebanyakkannya tidak lagi wujud dalam bentuk yang asal, kesannya masih boleh dirasai menerusi beberapa konsep baru.

Sejak beberapa lama, Ayurveda telah mempengaruhi sistem perubatan kuno Cina, sistem perubatan Unani, dan juga sistem perubatan humoral yang dipraktikkan oleh Hippocrates di Yunani. Pengetahuan terkini mengenai sistem perubatan kuno India ini diperolehi daripada Charaka Samhita (walaupun terdapat versi terdahulu, Charaka Samhita yang terkini dianggarkan berasal dari kurun 1 SM), Astanga Hridaya dari Vagbhatta (kira-kira 500 SM) dan Susruta Samhita( Susruta Samhita dipercayai berasal daripada kurun-kurun terakhir Sebelum Masihi versinya yang terkini telah ditetapkan oleh pengkaji pada kurun ke-7 SM).

Tiga teks klasikal ini menerangkan tentang prinsip dan teori asas dari mana perubatan alternatif ini berkembang, Ianya menerangkan kepelbagaian maklumat klinikal serta pembedahan dan diperkaya dengan kajian terkini berkenaan dengan pengurusan pelbagai jenis penyakit.

Konsep tubuh badan

Menurut  Ayurveda, tubuh badan dilihat sebagai alam mikrokosmik yang terdiri dari elemen-elemen asal                                (panchamahabhutas ) – eter (akasha), udara (vayu), api (agni), udara (jala) dan tanah (prithvi) – bergabung untuk membentuk tiga humor (doshas), yang juga dikenali sebagai angin (vata), choler (pitta) and kahak (kapha).

Setiap dosha mempunyai kualiti dan fungsinya yang tersendiri di dalam badan. Keseimbangan di antara dosha akan menentukan konstitusi (prakriti) dan imuniti terhadap penyakit. Konstitusi ini  di pengaruhi oleh tenaga api dalaman (agni) dan fungsi usus (kostha) seseorang.

Tujuh tisu (dhatus) dan sisa buangan (malas) melengkapkan bentuk fizikal badan dan rangkaian saluran untuk mengedar cecair dan khasiat disekeliilng badan. Tiga konstitusi universal yang berkait-rapat atau lebih dikenali sebagai tiga gunas – suci (sattva), aktiviti (rajas) dan kepejalan (tamas) dapat mempengaruhi tahap kesihatan dan kualiti minda. Penyakit boleh berlaku sekiranya gaya hidup, faktor minda ataupun faktor luaran menyebabkan ketidakseimbangan pada satu atau lebih komponen diatas.

Ayurveda Pada Hari Ini

Ayurveda berfungsi berdasarkan petua dari pelbagai bahan yang terkandung dalam sayur-sayuran, dan zat-sat mineral yang mempunyai khasiat perubatan yang tertentu. Khasiat perubatan dalam bahan-bahan tersebut telahpun di dokumentasikan oleh pengamal dulu dan telah digunakan untuk mengubat penyakit dan memelihara tubuh badan. Perubatan Ayurveda dihasikan daripada ramuan herba dengan kombinasi lain-lain mineral dimana bahan-bahan tadi dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk tujuan perubatan.

Hari ini, Ayurveda mula mendapat sambutan di Negara Barat . Kajian menunjukkan ianya berkesan dalam merawat pelbagai penyakit termasuk ketidakhadaman dan masalah kulit dan ginekologi. Teknik Ayurveda dikatakan berkesan dalam membantu masalah sengau, sistem penghadaman yang lembap dan tekanan kehidupan.

Pesakit diklasifikasikan berdasarkan bentuk tubuh badan atau prakriti yang mana ianya ditentukan oleh kandungan dalam tiga doshas tersebut. Penyakit dan keuzuran dianggap sebagai ketidakseimbangan dalam dosha. Rawatan akan ditujukan untuk mengembalikan keharmonian ataupun keseimbangan kepada sistem badan dan minda.

K-Ayurveda adalah rangkaian produk herba ayurveda yang di pasarkan oleh K-Link International. Terdapat 14 jenis produk yang di pasarkan berdasarkan penyakit yang di hidapi oleh seseorang. Bagi melengkapkan konsep kesihatan K-Link iaitu CBA (Cleansing, Balancing & Activating), K-Ayurveda menawarkan kombinasi 3 produk utamanya iaitu AyuLax, AyuVigo (lelaki) atau AyuVita (wanita) dan AyuLite.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Ayurveda, K-ayurveda dari K-Link International sila hubungi Khairul di +6 012-5396213 .

ayurveda-k_ayurveda_ayulaxayurveda-k_ayurveda_ayulite

 




khasiat mengamalkan k-liquid klorofil dari K-Link International

K-liquid Klorofil adalah minuman kesihatan yang amat bagus di amalkan setiap hari bagi tujuan pembersihan dalaman secara menyeluruh.

Di antara kebaikan dan khasiat mengamalkan k-liquid klorofil adalah :

  • Menolong membuangkan toksin-toksin melalui pembuangan najis
  • Mengurangkan sisa-sisa racun serangga dan toksin
  • Mengimbangkan tahap asid-alkali badan
  • Menolong meningkatkan jumlah darah
  • Mencantikkan kulit dan mengekalkan keremajaan

Siapa yang patut minum k-liquid klorofil ?

  • Orang yang terlalu kurus
  • Orang yang menderita sembelit
  • Orang yang mendapat sakit haid
  • Orang yang sering makan luar
  • Orang yang mempunyai kulit muka pucat
  • Orang yang merokok
  • Orang yang tidak tahan kesejukan
  • Orang yang mempunyai badan dan nafas berbau
  • Orang yang tidak suka makan sayur-sayuran
  • Orang yang mempunyai masalah berat badan
  • Orang yang kesibukan dan mengalami tekanan
  • Orang yang mudah rasa penat
  • Orang yang bermasalah organ hati
  • Orang yang bermasalah pernafasan
  • Orang yang berpenyakit sengal-sengal tulang
  • Orang yang bermasalah anemia
  • Orang yang sering mengalami sakit tekak

Berminat untuk mendapatkan K-Link k-liquid klorofil sila hubungi Khairul di +6 012-5396213

 

 




K-liquid Organic Spirulina daripada K-Link International

K-Liquid Organic Spirulina merupakan suplemen kesihatan yang menakjubkan untuk kesihatan, sebagai pemberi tenaga dan untuk daya hidup kerana spirulina mengandungi 12 vitamin, 11 mineral, 4 pigmen penting, 14 asid lemak dan 18 jenis asid amino yang penting untuk tubuh badan.

k-liquid organic spirulina

Kenapa pilih spirulina?

  • Spirulina kaya dan padat dengan zat dan nutrien.
  • Spirulina kaya dengan enzim dan merupakan sumber makanan lengkap yang paling banyak mengandungi Asid Gama Linelonik (GLA). GLA membantu merangsang ketumbesaran, menahan keradangan dan mengelakkan artritis.
  • Spirulina kaya dengan sumber protein, mengandungi sehingga 70% nutrien ini berbanding telur (12%), kacang soya (35%), daging lembu (17%), susu tepung tanpa lemak (35%), kacang tanah (25%), bijiran (8-14%) dan susu penuh krim(3%).
  • Spirulina kaya dengan beta karotena. Kandungan beta karotenanya 10 kali ganda lebih banyak dari lobak merah. Beta karotena mempunyai bahan anti-oksida yang dapat menghalang sakit jantung dan kanser.
  • Spirulina mengandungi pelbagai campuran karotena semula jadi dan fitopigmen xantofil. Kandungan pigmen spirulina termasuk klorofil, karotenoid, fikosianin dan ‘super oxide dismutase (SOD), manakala kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium, sodium, mangan, zink, selenium, kuprum dan kromium merupakan antara mineral-mineral yang terkandung di dalamnya.
  • K- Liquid Organic Spirulina membantu menambahkan tenaga secara efektif dan adalah makanan tambahan yang ideal bagi semua golongan masyarakat. Ia membersih organ-organ dalaman secara semulajadi dan merangsang sistem imuniti.
  • K-Liquid Organic Spirulina dihasilkan daripada 100% spirulina organik semulajadi yang bersih. Spirulina organik ini ditanam berdasarkan ciri-ciri ekologi di ladang spirulina terbesar di dunia iaitu di California , Amerika Syarikat. Spirulina yang ditanam secara saintifik ini adalah bebas dari racun perosak serangga dan bahan kotoran lain.

Untuk mendapatkan K-liquid Spirulina sila hubungi Khairul di +6 012-539 6213




Minum k-link k-liquid chlorophyll (klorofil) untuk pembersihan dalaman secara menyeluruh

Apakah klorofil?

Tumbuh-tumbuhan hjau menggunakan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah serta matahari untuk menghasilkan makanan. Proses ini di panggil “fotosintesis”. Sinaran matahari di serap oleh bahan-bahan kehijauan terdapat pada daun yang di panggil klorofil.

k-link k-liquid klorofil

K-Link K-liquid Chlorophyll (Klorofil) di ekstrak dari tumbuhan alfalfa yang terkenal dengan nilai nutriennya yang tinggi. Dalam bahasa Arab, alfalfa bermaksud “bapa kepada makanan” kerana unsur-unsur penyembuhannya yang kuat. Akar-akarnya tumbuh sangat dalam untuk menyerap mineral-mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan lain-lain.

1 sudu besar = pengambilan sayur-sayuran sebanyak 1kg

klorofil k-link vs sayur-sayuran

Alfalfa mengandungi empat kali ganda klorofil lebih dari sayur-sayuran lain. Satu sudu besar K-link k-liquid klorofil sama seperti mengambil sayur-sayuran sebanyak 1 kg. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi merangsang kesihatan yang baik.

Klorofil dalam alfalfa mengandungi anti oksidan yang menolong mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas melemahkan badan, membuat kita senang menjadi sakit. Radikal bebas adalah unsur oksida yang aktif dihasilkan oleh tubuh kita melalui metabolisma pemecahan makanan dan oksigen yang menghapuskan protein, lipid dan DNA. Ini akan mengakibatkan sel-sel biasa berubah dan menyebabkan bermacam-macam penyakit kepada tubuh kita Radikal bebas adalah punca utama kepada penuaan.

Klorofil sangat kaya dengan :

  • Zink – gabungan zink bersama vitamin A menggalakan kesihatan yang baik
  • Selenium – Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan
  • Vitamin E – anti penuaan, menyuburkan kulit dan sentiasa mengaktifkan otak
  • Vitamin C – meningkatkan kewaspadaan dan memiliki unsur-unsur anti kanser
  • Vitamin A – memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan

K-link k-liquid Klorofil meningkatkan metabolisma dan memperkuatkan fungsi sistem badan di mana ianya akan melakukan 3 fungsi utama iaitu :

  • Pembersihan – membersihkan sistem penghadaman, menolong membersihkan darah, menghapuskan bakteria, membasmi kuman dan proses di toksifikasi
  • Keseimbangan – mengimbangkan tahap asid-alkali bagi badan, meningkatkan fungsi-fungsi sistem badan
  • Menyuburkan – menolong menghasilkan sel darah merah, meningkatkan proses pengoksidaan dan menggalakan penghasilan sel.

Berminat mendapatkan K-link K-liquid Klorofil sila hubungi saya Khairul di +6 012-5396213 . Pakej istimewa dengan pembelian 5 botol k-liquid klorofil dapat 1 botol percuma (gratis) .

 




Support system amat penting di dalam mencapai kejayaan di dalam perniagaan MLM

Tidak dapat di nafikan ramai yang terlibat di dalam perniagaan MLM, gagal di dalam percubaan mereka. Malah bukan sahaja sekali, tetapi banyak kali mereka gagal mencapai apa yang mereka idam-idamkan.

Ramai yang beranggapan menjadi yang terawal di dalam syarikat MLM yang baru, mereka mampu meraih kejayaan di dalam sekelip mata. Namun pada hakikatnya ini adalah tidak benar kerana kejayaan di dalam MLM mesti melalui suatu proses perjalanan menimba pengalaman sebelum boleh mencapai kejayaan.

Tidak kira di dalam perniagaan MLM mana sekalipun dan di dalam syarikat mana sekalipun, di antara faktor penting di dalam memainkan peranan menentukan kejayaan anda (selain dari usaha anda dengan izin Allah) ialah sistem sokongan yang mantap.

Tidak banyak syarikat MLM yang menitik beratkan tentang sistem sokongan atau sistem pembelajaran yang satu tetapi masa telah membuktikan syarikat MLM yang memiliki sistem pembelajaran yang mantap mampu meraih kejayaan dan memastikan setiap usahawan dan pemimpin yang bernaung di bawahnya terus mantap dan unggul dalam jangkamasa yang panjang.

K-link K-sistem sistem sokongan MLM

Ini membolehkan para usahawan dan pemimpin melakukan aktiviti promosi dan penajaan dengan lebih teratur. Di antara syarikat MLM di Malaysia ini yang memiliki support system atau sistem sokongan yang terbaik ialah K-Link International. K-Link International melalui support system yang di kenali sebagai K-Sistem telah melahirkan begitu ramai usahawan MLM yang berjaya di seluruh dunia. K-Sistem telah membuktikan dengan adanya satu sistem pembelajaran yang mantap, syarikat MLM mampu melahirkan pemimpin-pemimpin MLM yang baru melaluinya.

Ianya amat bersesuai dengan slogan K-Sistem itu sendiri iaitu “We Turn From Zero to Hero”. K-Sistem yang begitu berjaya di Indonesia kini mula popular di Malaysia kerana kemantapan sistem pembelajarannya yang sesuai untuk semua peringkat usahawan yang mahu mula berjinak di dalam MLM ataupun yang sudah mempunyai pengalaman.

Melalui k-sistem, anda hanya perlu mengikuti sistem pembelajarannya sahaja dan terdapat banyak CD dan bantuan peralatan penajaan dan ilmuan di dalam K-sistem.

K-sistem akan mengajar anda langkah demi langkah bagaimana bermula dengan betul di dalam menjalankan perniagaan MLM yang murni dan dengan cara yang jujur dan professional.

Sejak mengenali K-Sistem, saya mendapati ilmu pengetahuan saya di dalam bidang ini semakin meningkat dan ianya juga memudahkan saya di dalam menjalankan aktiviti penajaan dan memberikan tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan baru.

Dengan menyertai K-Sistem dan K-Link anda akan di berikan Starter Pack yang mengandungi Sale Kit, Buku Panduan Kesihatan dan Penyakit, Katalog Produk, 4 DVD dan 4 CD yang mengandungi modul K-sistem. Juga terdapat sebuah workbook yang amat penting di dalam nya ialah “Buku Kerja Foundation Pack”.

K-link K-sistem sistem sokongan MLM

Nak tahu rahsia kenapa ramai usahawan MLM yang berjaya melalui K-sistem? Sila klik di sini untuk mendapatkan info lanjut atau hubungi Khairul di +6 012-5396213 .

 

Kenapa K-Sistem ?




Omegasqua baik untuk kesihatan jantung anda

K-Omegasqua adalah di antara produk kesihatan yang saya ambil secara konsisten. Ianya adalah produk kesihatan yang amat baik untuk kesihatan jantung, mata dan minda. K-Omegasqua adalah produk yang di keluarkan dan di pasarkan oleh K-Link International.

Apakah kandungan-kandungan yang terdapat di dalam K-Omegasqua ini?

K-OmegaSqua terdiri daripada Omega-3 ikan salmon dari Norway, Squalene dari minyak hati ikan yu yang hidup di Lautan Pasifik dan Vitamin E semulajadi untuk kesihatan jantung, kulit dan otak kita.

Kebaikan K-OmegaSqua di antara lainnya adalah untuk :

  • Membantu mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserid dalam darah
  • Membantu meringankan sakit-sakit dan radang seperti reumatoid artritis, osteoartritis, psoriasis, ekzema dan lain-lain
  • Membantu melancarkan saluran darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi kepada tahap normal
  • Membantu menghalang saluran darah daripada tersumbat
  • Membantu menghalang kanser
  • Membantu mengekalkan kesihatan kulit dan menghalang jangkitan bakteria
  • Menyeimbangkan kelajuan denyutan jantung agar normal bagi mengelakkan serangan sakit jantung
  • Meningkatkan sistem imuniti (daya ketahanan)
  • Membantu menghalang selesema dan batuk
  • Membantu menyembuh kecederaan, membantu masalah jerawat dan masalah kulit yang lain
  • Menghidupkan semula sel-sel saraf yang telah mati bagi mereka yang menghidap sakit kencing manis dan membantu melambatkan proses penuaan
  • Membantu menghalang serangan lelah (asma)

Berminat mendapatkan maklumat lanjut tentang K-Omegasqua sila hubungi Khairul di +6 012-5396213 .

Ataupun sila ke page facebook mengenai Tips Jantung Sihat dengan klik di sini .

Di bawah ini adalah informasi tentang K-Omegasqua untuk rujukan anda .