1

Cara buat blog dengan wordpress

Ramai yang sudah memiliki blog. Kebanyakkan mempunyai blog samada dengan blogger ataupun dengan wordpress. Namun tak ramai yang tahu cara buat blog dengan menggunakan self hosted wordpress.

WordPress adalah landasan membuat blog dengan berkesan kerana ianya adalah mesra “search engine” ataupun enjin pencarian. Lebih mudah meningkatkan ranking web atau blog anda dengan wordpress kerana wordpress mempunyai banyak sekali plugin ataupun aplikasi yang boleh membantu anda meningkatkan ranking secara auto-pilot.

Sekiranya anda ingin memasang wordpress, terlebih dahulu anda memerlukan domain name dan laman web atau web hosting. Ianya boleh di perolehi dengan kos yang amat murah di antara RM75 ke RM200 setahun mengikut pakej yang anda ambil.

Sekiranya anda sudah memiliki web hosting pastikan ianya adalah web hosting yang menggunakan cpanel. Ini kerana di dalam cpanel terdapat satu installer yang membolehkan anda memasang wordpress dengan hanya beberapa klik sahaja.

Jika belum ada web hosting untuk memulakan blog wordpress anda, anda boleh membelinya dengan klik di sini untuk pakej web hosting murah .

Sekiranya anda belum memiliki domain name, anda boleh memilih domain name dengan klik di sini untuk pakej domain name murah .

Setelah anda memiliki domain name dan web hosting, inilah masanya untuk anda memasang wordpress untuk membuat blog anda . Anda hanya perlu login ke dalam cpanel dan cari satu installer bernama Fantastico De luxe.

Ikut sahaja arahan yang terdapat di dalam cpanel anda untuk memasang wordpress. Anda boleh memasang wordpress samada di dalam “root directory” web anda atau di dalam folder seperti /blog . Pada kebiasaannya kita memasang wordpress di dalam root directory kerana wordpress boleh juga untuk membina web anda (static pages) dan juga blog post (dynamic pages).

3 senjata utama wordpress blog dalam memulakan blog anda ialah theme (tema blog anda), plugin (aplikasi yang membantu anda) dan widget (memberikan blog anda nampak lebih menarik).

memulakan-blog-wordpress

Jika anda rasakan ianya sukar untuk memulakan blog dengan wordpress, sila dapatkan 5 video percuma langkah demi langkah membina wordpress blog dari kosong dengan klik di sini.

Semoga anda berjaya membina wordpress blog anda dan memulakan satu perjalanan yang hebat di blog anda !