Khairulaza.com

Tell story, drink coffee & make money online !

Web Hosting

Ilmu dulu baru jadi jutawan

image_pdfimage_print

Gagal dan berjaya di dalam kehidupan adalah satu lumrah yang mesti di tempuhi. Tanpa ada cabaran dan kegagalan kita tidak akan dapat belajar bagaimana untuk berjaya.

Baru-baru ini muncul kembali cerita tentang orang-orang felda yang dulunya menjadi jutawan dalam sekelip mata, kini sudah ramai yang muflis dan kehabisan wang. Ramai yang terpedaya dengan skim cepat kaya dan ada juga yang di ceritakan wang habis di belanjakan oleh anak-anak. Ada juga yang melabur di dalam perniagaan tetapi gagal mendapat pulangan.

Teringat aku tentang buku yang di tulis oleh Robert Kiyosaki iaitu Richdad Poordad. Apa yang sebenarnya lebih penting ialah EDUCATION iaitu ilmu. Jika anda memiliki wang yang banyak tetapi tidak mempunyai ILMU yang cukup untuk mengembangkan wang tersebut, anda pasti melalui jalan kegagalan.

Tetapi sekiranya anda mempunyai wang yang sedikit tetapi mempunyai ILMU yang TINGGI di dalam mengembangkan wang tersebut, anda pasti melalui jalan kejayaan !

Undang-undang pertama seorang yang INGIN KAYA ialah “bekerja untuk pengalaman” bukan bekerja untuk duit. Di sinilah ILMU untuk menjadi kaya akan anda perolehi.

Itu sebabnya ramai yang menjadi jutawan segera akhirnya menjadi bangkrup atau muflis kerana mereka tidak memiliki ilmu untuk menjadi KAYA. Contohnya ramai yang menang loteri akhirnya kembali hidup seperti sebelum mereka memenangi loteri.

Carilah ILMU terlebih dahulu sebelum anda mengaut wang yang melimpah ruah kerana dengan adanya ilmu, wang tersebut akan terus mengalir masuk ke kantung anda tanpa anda sedari, dan bukannya mengalir keluar

Did you like this? Share it:

Subscribe to email feed

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Panggilan percuma se

Salam hormat buat pengunjung blog ini. Hari ini Ahad, jadi ...

Tempahan Tat Nenas R

Mood raya dah kan? Yang pasti biskut raya dan juadah ...

Gano Excel Leaders M

Semalam 19hb. Mei 2017 telah di adakan satu perjumpaan Pemimpin ...

Gano Excel Malaysia

Salam sejahtera semua ! Lama saya tidak dapat update blog ini. ...

Home Meeting Gano Ex

Salam hormat semua. Malam ni saya nak update sikit la ...

Twitter updates

No public Twitter messages.