image_pdfimage_print

Minggu lepas saya ada post tentang pertemuan dua pihak di antara pihak syarikat dan bakal-bakal usahawan dot… dot…dot.

Minggu ini kami telah mengatur satu pertemuan untuk merancang lawatan ke HQ, kilang dan ladang organik ganoderma terbesar di dunia. Perancangan di adakan pada 11-nov yang lepas. Pagi lagi kami sudah bertolak ke Alor Star. Singgah sebentar di Sg petani untuk mengambil dua orang rakan selain daripada berhenti minum pagi di sebuah restoran di Lot 88.

Agak terlewat hampir 1 jam di sebabkan asyik berbual di samping jalan yang jammed untuk ke HQ di Alor Star. Sampai di HQ, kami terus ke ladang terlebih dahulu sebab pada jam 1 petang pekerja di ladang berhenti untuk sessi makan tengahari.

Kena naik dua kereta sebab kesemuanya 8 orang – 4 orang yang datang dengan kereta saya dan satu lagi kereta Hj Ahmad yang turut di sertai oleh dua orang pihak pemasaran syarikat.

Dalam perjalanan ke ladang organik ganoderma di Napoh, hujan turut dengan lebat. Nasib baik sampai sahaja di ladang, hujan berhenti walaupun masih renyai-renyai.

Banyak yang dapat di pejalari di sini bagaimana penanaman organik ganoderma di jalankan. Kesemua bahan yang di gunakan adalah bahan semulajadi. Terdapat dalam 100 buah bangsal ganoderma di mana setiap satu boleh memuatkan 30,000 ganoderma yang akan di petik selepas berumur 3-4 bulan.

Selain daripada ganoderma, terdapat juga ginseng dan cordiceps di tanam di sini. Juga terdapat sebuah bangunan 12 tingkat yang di gunakan untuk memproses resepi ramuan kopi yang di hasilkan oleh syarikat ini.

Apa yang lebih membuat kami teruja adalah pembinaan Discovery Tunnel yang memakan belanja RM35 juta. Di dalam Discovery Tunnel ini terdapat sebuah auditorium yang boleh memuatkan 3,000 orang yang berbentuk seperti teater. Pelawat boleh melihat demo penanaman ganoderma melalui kaca cermin yang di sediakan. Memang hebat bagi sebuah syarikat berasal dari Malaysia yang kini telah bertapak di lebih 68 buah negara.

SL274523Ganoderma yang di tanam dengan teknik gantungan

SL274524

Bahagian tengah yang di gunakan untuk produk ganoderma

SL274530

Di kawasan ladang organik ganoderma terbesar di dunia

Selepas selesai melawat ladang, kami ke kilang tetapi sebelum ini kami telah di maklumkan pada hari tersebut terdapat audit sedang di jalankan maka kami tidak di benarkan untuk masuk melawat. Jadi hanya bergambar di luar kilang sahaja !

Selepas makan tengahari kami mengadakan sessi perbincangan sekali lagi dan selepas ‘kena” ganocafe Mocha kami telah membuat keputusan untuk “menaikkan” nama Mocha sebagai core produk yang akan di perkenalkan di dalam pasaran sedikit masa lagi.

ganocafe_mocha

masa untuk “meng-kaboom-kan” ganocafe Mocha

Maka bermula lah satu agenda baru di dalam bisnes networking berkonsepkan “dropship networking”.

Jika berminat anda boleh mendaftar secara percuma di laman web Nexgen139 dengan klik di sini.

Nak tahu sistem online 100% kami, dapatkan ebook percuma “Coffee Facebook dan Paycheck” dengan klik di sini .

Atau anda boleh hubungi saya khairul di 011-16746546 samada melalui panggilan telefon ataupun whatsapp.

ganoexcel_2

Masa untuk memulakan satu lagi networking bisnes bersama Gano Excel

Salam sukses !

Did you like this? Share it:

coachkhairul

Wordpress coach

1 Comment

gano Excel ürünleri · April 19, 2016 at 5:15 am

Gano Excel TR9590010 my ID

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published.